Coretan pengalaman hidupku :-)
Aku dari kecik suka berangan untuk mengembara keseluruh dunia dengan cara yang mencabar dan dapat memberi pengalaman yang menarik untuk dijadikan "warna-warna kehidupan".
Aku memang suka kepada aktiviti lasak dan mencabar tetapi risiko kecederaan minimum serta dapat dilakukan sepanjang hayat.
Setelah bertahun mencari aku berjaya mencari satu sukan yang mencabar,sesuai dengan jiwa kembaraku,dapat dilakukan oleh semua golongan,risiko kecederaan rendah,dapat pergi jauh diserata pelusuk dunia,kos yang rendah dan macam-macam lagi faktor.
MENGEMBARA BASIKAL
Akhirnya aku temui aktiviti riadah yang dapat aku lakukan hingga boleh pergi ke pelusuk dunia hanya dengan berbasikal sahaja.
Bukan aktiviti seperti "backpack" tidak bagus tetapi untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat kite menaiki kenderaan awam,so tidak dapat merasai suasana sepanjang perjalanan itu.
Jika berbasikal kita akan berkayuh merentasi kawasan-kawasan kampung atau pekan-pekan kecil serta dapat berhenti tidak kira masa dan tempat.Bagiku tiada cara paling baik dan mencabar untuk melihat DUNIA ialah dengan MENGEMBARA BASIKAL.
Setelah hampir 7 tahun aku bergiat aktif dengan aktiviti mengembara basikal berbagai pengalaman pahit getir,susah senang,kenyang kebulur,panas hujan,hidup mati dan berbagai lagi telah mendewasakan aku walaupun masih muda.Tetapi usia bukan halangan untuk aku mencari pengalaman hidup dan ingin melihat bumi Allah ini......hanya semangat dan kesabaran diperlukan.....